inginku ku luah sepnjang jalan
supaya mampu kau lihat dan kau baca hati ku ini
andai kasih boleh kembali
sanggup ku merayu meratap mu pulang ke pangkuan
agar kau tahu
betapa hati masih tetap menyayangi
andai salah mampu ku ubah
inginku perbetulkan dimana silapnya
agar kau bisa menerima diri ini
aku hanya sang perindu
yang merindukan tuan si pemegang hati
yang lamanya dulu terlalu baik dengan ku
yang lamanya dulu selalu disisiku
aku makin tak mengerti
apa yang sedang terjadi
bukan niatku menjauhi mu
andai di setiap komunikasi
air mataku ku berlinangan
bukankah lebih baik ku biar ianya berhenti
bukankah lebih baik aku mengelak daripada menghadapi??
kau mengajar aku untuk berani
aku sedia menghadapi segala dugaan dan cabaran
tapi bukan ini yang di mahu
jangan ajar diri ini membenci
apalagi mengeraskan hati
aku cuma insan biasa
yang baru mengecapi apa yang dikejari
aku cuma mengharapkan bahagia..
andai ini memang takdirku
menanti dan terus menanti
kenapa harus ku tunggu sesuatu yang belum pasti?
bukan lebih baik aku terus membawa diri?
menyepi diri tanpa perlu dicari
terdetik di hati ini
kasih sayang padamu yang terlalu dalam
menghanyutkan aku dalam buaian keindahan
kenapa tidak kau biar saja aku tenggelam??
atau kau biar aku pergi
sakit itu boleh diubat
air mata boleh berhenti
tapi sesuatu yang aku tak pasti
bila diminta kepastian..
apa ini pembalasan yang perlu aku terima?
kenapa tidak kau terus pergi
atau biar
aku sendiri..
tak perlu rasanya menyeksa hati..
sakitnya terlalu dalam sayang..
aku gusar
jika terlambat
hatiku sukar dilembutkan kembali
aku cuma terlalu rindu
rindu dirimu
teramat rindu
andai kan saja kau membaca hati ku ini
mudah kau memahami?
kerana bila tinta
yang meluahkan
isi nya kdang kala lari ke tempat lain
andai saja kau mmbaca nukilan hati
