aku pun perempuan

dalam apa pun yang kau buat..
tolong pike
aku perempuan
seburuk manapun
sejahat manapun
aku perempuan

aku pun ada hati
ada perasaan..
kau nak aku berubah?
jadi apa yang kau nak?

aku boleh berubah..
tapi aku akan ubah sepenuh diri aku
aku takkan jadi macam yang kau kenal lagi..
aku akan jadi orang yang baru..
tak macam sekarang..

kau yang nak aku berubah
aku boleh berubah..
tapi aku nak kau tahu
aku tak berrubah untuk kau
aku berubah untuk puaskan diri aku

aku boleh pergi dari kau
memang sakit
tapi sepanjang aku tunggu kau
aku boleh hidup

kenapa tak sekarang?
kau pergunakan aku
pike aku tak perasan??
bila kau dengan aku
kita tetap sama
kau malu dengan aku?? kan

sebab kau dah jumpa ramai yang lagi cantik
tapi kenapa kau tak dapat dorang
kenapa aku

kan..
aku selalu jadi pilihan terakhir..
kau ingat aku tak tahu kenapa
kau tak bagi aku pergi tempat keje kau
jumpa kau

kau malu
tapi
kau sorok

entahlah
kau tetap nafikan

duhai hati

duhai hati
mari persembahkan cinta sejati
hadirnya dalam hati..
sejujurnya hati ini terluka
sering saja terluka
tapi lukanya aku pendam
sakitnya aku tanam

duhai hati
mari persembahkan kekuatan diri
kita juga bisa berdiri
berdirinya di kaki sendiri

duhai hati
mari kurangkan andaian hati

andai ada rahsia antara aku dengan dia
biarkan saja..
aku juga penya kehidupan sendiri
yang tak semestinya akan dipenuhi dengan sebaris nama meniti di bibir setiap hari

andai tiada yang mampu memberi kepercayaan kepada diri
cukup saja aku berdiri
dengan kakuatan di sanubari
kita juga punya kehidupan
dengan versi yang tersendiri

mari tanam dalam hati
siapa mereka mahu menghakimi??
mari teruskan

menusuk dalam hati


makin

makin lama
kena makin kuat
kena makin sabar
kena makin matang

makin jauh
kena makin setia
kena makin terima
kena belajar berusaha

makin besar
kena makin tahu
kena makin bertanggugjawab
kena makin faham

bukannya

makin lama
makin buat perangai
makin asyik marah2
makin banyak masalah

bukan jugak

makin jauh
makin gatal2
makin membeza-bezakan
makin hanya berserah

makin besar
makin buat bodoh
makin lagi lalai
makin lagi complicated

bukan bukan bukan

dan sebenarnya

makin kita lama dekat dunia..makin kita kena kejat akhirat

sekadar peringatan untuk diri

yg kadang2 lupa lansung dengan kewujudan Tuhan yang mencipta hambanya untuk menghambakan diri kepada Dia yang Maha Esa.



sekadar mengungkap

kadang kadang terfikir..
macam mana perasaan orang yang suka cinta rindu tapi tak pernah dibalas..

penat kan..

bila kita kena putus asa
kita sendiri tahan sedih
kita sendiri yang perlu berfikir

kita sendiri yang menahan kecewa..
kita sendiri yang cuba untuk bangkit

lagi sakit
billa kita jatuh hati

dah la dia tak tahu
tetiba dapat tahu..
dia dah berpunya..
orang nya cantik rupawan..
kalah kita ni..

sakit kan rasa hati ni..
pedih sangat..
rasa berat je jiwa..
macam2 kita kene buat..
semata-mata nak lupakan benda mcm tu..
tapi bila hati lansung tak tertahan..
air mata tetap nak gugur..
lagi ditahan..
lagi banyak pulak jatuh nya..

dah namanya perempuan
menangis menjadi rutin..
manada manusia yang sanggup tahan perasaan kecewa..
sekuat mana ditahan pun..
dia tetap menangis..

asal namanya perrempuan..
air mata menjadi senjata..
bukan mudah nak beza..
yang benar atau yang palsu..
semua menjadi sama..

berat manapun jiwa ni..
tetap juga rasa sakit..
sayang tu macam tak pernah menghilang..
kadang2 ada yang makin menebal perasaan tu..

kalau dah cinta..
buruk mana pun perangai..
huduh manapun rupa..
sayang tak pernah nak hilang..

kuat nya perempuan.. bila luahkan perasaan dengan air mata..luahkan kecewa dengan kesedihan di dada..

jangan berlagak kuat kalau tak pernah menangis..orang yang tak menangis tu sebenarnya lemah..

dengan tangisan.kita mampu mencari kekuatan..kita menangis tanpa sebab..tapi bila reda nya tangisan..kita seolah-olah mendapat nafas baru,..untuk bangkit..bangkit berdiri..

aku juga pernah berharap..berharap terlalu tinggi..teramat tinggi..tapi bila jatuh..sakitnya Allah je yang tahu..sampai aku berazam..tiada yang lain selepas dia..berat sangat rasa jiwa..lagi ditahan tak nak menangis..lagi tak sabar air mata mengalir..payah sangat nak bangkit...rasa mcm lemah sangat...terlalu lemah..

sebab tu kita kena luah..aku pernah cuba..lagii aku luah..lagi teruk aku menangis..sampai teresak-esak..sampai aku sendiri penat nak menangis..aku pernah rasa penat..penat nak sayang..penat nak berharap..

macam mana payahnya kita nak bangun..macam mana payahnya kita nak cari kekuatan..


ingat senang??  
kepayahan yang mengajar kita..untuk menghargai kasih sayang..bukan senang2 dipermainkan..

ada yang selalu bertukar ganti.konon crush itu ini..tapi sebenarnya jiwa tengah sepi..sekadar menghiburkan hati yang sepi..terringin berkongsi perasaan bahagia..

hanya teringin..
cuma teringin..

tapi masih belum dijumpai..






I just wannabe like ...........


how do you feel when someone ask you to lose your weight??
like neelofa..
like emma ambert something....
how can I express my feeling?

a litle bit depressed..I have tried..And I failed! 
what ever lah kan
I tried to be myself..
yeah..sometimes we need to change ourself to be a better person
I know it..


coretan lalu

HOW I FALL IN ........

Sejujurnya..ini bukan kali pertama,bukan juga berkali-kali dalam hidup.berdiri sendiri,manahan rasa,,sakit di hati yang tertanggung.Tak mampu di ucap.tak mampu diluah.yang mampu hanya melihat.berangan.semoga dia aku miliki..angan yang tiada berkesudahan..di saat pintu ingin ditutup datangnya perwira..menahan agar mampu memasuki istana hati..mampu melindungi agar tiada yang menyakiti...


permulaan yang tak pernah disangka umpama tiada pengakhirannya.berjalan dan terus berjalan..terlalu cepat masa berlalu..bagai semalam ku rasa baru mengenali..kini menetap dia di hati..indah nya perasaan bila hati disayangi..berharap pengakhirannya juga sesuatu yang amat indah untuk dikenangi..

aku manusia..juga punya hati..punya perasaan..kasih sayang ku simpan.tidak cuba ku luahkan..menanti hari demi hari..yang terus menyeksa hati..

semua nya bermula ....................bila

aku nak ganti rasa sayang..tapi salah sendiri..tak ganti dengan rasa kosong di hati..tapi ganti dengan nama yang amat bermakna pada diri..salah sendiri yang makan diri..no wonder lah kan..aku makin hanyut..form 4..aku nampak dengan cara dia..tak layan perempuannya..baik..rajin pun rajin..paling tak ley bla dia duduk belakang aku jer..indah sangat rasa time tu..seronok.tapi sekejap je..

aku dah mula perasan..bukan aku sorang je yang suka dia..tapi ramai..hemm ramaii..nampak tak?? dia ada banyak pilihan untuk memilih..aku selalu nampak dengan cara dia..untung lah kan..dia suka pandang perrempuan..perempuan pun suka pandang dia..sebab tu lah..aku diam..tapi jenis aku nih bukan boleh nak simpah rahsia sendiri..aku tetap nak luah..sebab untuk aku..bila kita luah..hati akan jadi ringan sikit,..sekurang nya aku tapayah simpan sorang perasaan yang menyakitkan tu..that is me.itu jenis aku..

mula2 kawan rapat aku je  yang tahu..aku ingat lagi mira pesan .. "JANGAN PANDAI CARI PENYAKIT"  ok..aku masuk telinga kanan keluar telinga kiri..itu akuu..tak penah nak dengar apa orang pesan..selama aku suka dia..mira la tempat aku luah perasaaan..bila sedih..bila marah..bila sakit hati...

2 tahun setengah tu lama tahu..aku lalui dengan ada dia dlm hati..cuma dalam hati..bukan disisi..aku yang perhati..aku buat hal sendiri..siapa je lah aku ni mampu la sangat nak menarik perhatian orang kan..payah..selalu aku nampak..bila dia masuk kelas..semua orang mcm "WOW!" hem..aku hanya mampu melihat..hanya itu yang termampu..lama..amat lama..

maybe ada manusia lain yang tunggu lagi lama dari aku.,tapi itu tempoh yang lama untuk aku hadapi hari aku sendiri..mcm mana rasa sakit bila nampak dia layan orang lain lebih..tapi dengann aku..sepatah haram pun payah..kau bayangkan?? maybe untuk orang lain..."small matter" tak kesah lah..normal la tu..but not for me..dia mcm benda yang amat berharga bg aku..mcm mana aku jatuh cinta..aku sendiri tak pasti..


mula mula..aku cuma suka..dari suka aku mula sayang..tanpa aku sedar..sayang tu cinta rupanya..aku sendiri tak sedar bila aku jatuh cinta..tapi yang aku tahu..bila aku dapat tahu dia kaple..aku rasa kelam..gelap..menangis..terasa bodoh nya diri..pergi menaruh hati kat insan yang tak sudi..tak pernah menyedari..sakit sangat rasanya..rasa macam dah tak nak jumpa sesiapa lagi..

aku tak pernah rasa dipermainkan..cuma aku rasa aku bodoh..sendiri cari pasal..sendiri jatuh..bila sakit..sendiri jugak yang menangis..aku tahu banyak mata memandang..memandang sepi..memandang sinis..

perempuan bodoh tak sedar diri jatuh cinta bila sedar cinta tak disambut..bukan saja tak disambut.malah tak dilayan..menangis teresak2 seorang diri mengenang nasib diri konon diri punya hak mencintai dan dicintai. (this is me)

aku ingat lagi..bila aku tahu dia kaple..pagi2 pegi sekolah menangis..menangis?? takde keje..publisiti murahan..kan kan..n benda paling aku ingat..dia masuk kelas,,sambil lalu sebelah aku..dia kata "pagi2 dah buat drama"

siapa lah aku ni kan..aku sedar..sampai sekarang aku sedar..tak pernah lupa..tak boleh lupa pun,..walaupun dah bersama..aku tetap diri aku..aku ingat siapa diri aku..aku sedar siapa aku..aku yang dulu mengemis cinta..tapi kini mengemis kasih..lepas ni mengemis perhtaian mungkin..

tak malunya aku..
betapa tak reti malunya aku.
teruknnya perangai tak reti malu aku ni.....


tinggal atau pergi..
cuma yang memahami akan menyedari..

selamat tinggal

yang lepas-yang kini

*dengar lagu najwa latif -kosong-*

*dia serabut..dah la kelam kabut*

*Am I the one who make you change?? or Am I the one who make you always down??
Am I the one who want you to be change?? to be a better person?? Am I???*

just asking..Am I?? yelahh..sepanjang aku hidup..dah banyak sangat salah yang aku dah buat..dari segi teori mahupun perasaan sendiri..ada ke yang memahami?? kau kutuk aku depan orang..kau buat aku macam orang tak berguna..Hell yeah?? you want this?? kau reka cerita..konon aku jeles lettew..what the fish man?! 

takpelah..cerita lama..lupakan..biarlah..dari situ aku belajar..belajar menjaga hati..tu cerita lama dulu..3 ke 4 tahun yang lepas..better dilupakan..tapi siapalah kita ni..kadang2 menerpa juga diingatan..

dari situ aku mula berhenti..berhenti mencari..berhenti untuk menjaga hati..tiada yang memahami..aku ganti engkau di hati dengan yang lebih menghargai..aku biar perasaan berputik..tanpa pernah cuba menghalang..berharap hari2 yang gelap akan disinari..

andaikan saja..sepanjang perjalanan..kita berjalan..tanpa memakai kasut..di atas jalan raya..penuh dengan duri..kaki yang sakit memijak..tapi masih terus berjalan..sehingga lukanya berdarah..dari berdarah jadi bernanah..kerana tiada ubat yang mampu mengubati..umpama penyakit yang parah tiada ubatnya..tapi dengan sepenuh kudrat dengan usaha..kita masih berjalan..berharap akan jumpa penghujungnya..makin jauh kita jalan..makin jauh juga perjalanan..hampir kita berputus asa..akhirnya ubat untuk cuba merawat,.tapi katanya..ini hanya sementara..agar mampu kita bertahan.nanti ubatnya hilang..sakitnya datang lagi..nasihatnya..ini lah perjalanan..teruskan berjalan.janga pernah berhenti..supaya mampu kita lihat penghujungnya..walaupun hanya melihat..tidakkah kau gembira?

perjalanan itu adalah harapan..berjalan tanpa kasut..adalah hati..umpamakan saja..hatimu berharap pada sesuatu yang belum pasti..kita berharap..kita terluka..kita sakit..tapi kita masih seorang..kenapa tiada kasutnya??kasutnya ialah insan..insan yang bertakhta di hati..kita letak harapan pada sesorang..dia tak pernah perasan.atau buat2 tak perasan.tunggul ke kita?? sampai satu masa kita penat untuk berharap..kita tumpu untuk apa yang lebih penting..akhirnya...kita mencapai kejayaan.yang sementara..sekurang-kurangnya di permulaan saja kita dah berjaya..tapi kejayaan yang memberitahu..perjalanan masih jauh..biar lah sementara..asal dapat melupakan kita pada kesakitan..

saat hati ingin kita kosongkan..tiba2 dia datang..seolah2 baru menyedari..selama ini kita sentiasa disisi..walau terlambat,.hati tetap menerima..kerana hati yang menyayangi..kasih sayang yang sedang cuba dkikis..hati yang sedang diajar..tiba datang dai..harapan kini menjadi kenyataan..aku bagaikan menggila..tak mahu lekang dengannya..permulaan kehidupan ku biarkan sepi..buku2 tak ku sentuh..hanya keypad fon yang bermain di tangan..rindu yang sering diluahkan..seolah-olah
 aku lupa dimana aku berada..

sungguh kasih sayang  nya bermakna..kita masih bersama..menjadi pendorong..penguat semangat..semoga aku mapu menjadi terbaik..

sedangkan kau..adalah yang terbaik dalam diri ku..di dalam hati..
semoga kekal sepanjang hayat ke syurga

:)


hanya menghakimi

semua orang mudah menghakimi..
tanpa mengetahui kebenaran
atau dasar sesebuah cerita..cerita yang awalnya mungkin gembira..akhirnya hanya sekadar cereka

manusia terlalu cepat menghakimi
tanpa menyedari..
apa diri terlalu dipandang?


manusia
akan tetap namanya manusia
walaupun dijulang
walaupun disayangi

sekadar -hanya sekadar-

luahan
sekadar luahan
meluahkan apa yang ada di hati
aku sentiasa punya teman..bersyukur..
semua dari hati..lega!mari mencuba..luahkan..dengan penuh perasaan..mungkin ada yang memahami..mungkin juga ada yang menghakimi..disini warkah ku..mmelahirkan perasaan..perasaan terluka..perasaan gembira...andai difahami apa inginnya perasaan..sentiasa perlu dipenuhi..

hati ini selalu dikunjung rindu..rindu tuk bertamu..yang teristimewa di hati.berharap dua hati yang bertemu..akan selalu setia menanti..selalu sabar menunggu..dan paling penting..selalu cuba menerima..

kawan ada dimana-mana
mcm sem yang lalu 
aku masih menjadi baru..perlu bertemu
perlu bersendda
berharap ada yang sudi
menjadi peneman diri
bernama sahabat

sejujurnya..
aku juga punya sahabat
aku rindu sahabat
kini masing2 punya komitmen sendiri

jika dulu..
dia lah sahabat
menjadi peneman diri
menjadi tempat sandaran
menjadi tempat luahan
dia yang sudi..
memberi kekuatan
disaat aku jatuh
dia memberi seribu semangat
menimba ilmu beersama..
tanpa mengenal jemu

menjadi pemandu jalan
menuju Illahi

secara jujurnya juga
aku amat bergantung dengannya
dah mcm kakak sendiri
seronok
tapi cume sekejap
sampai aku disini
perlu menjejak kaki sendiri
belajar berdikari
rindu Amirah zaki

kenapa aku kat sini??
tapi tak boleh nak berubah
seolah menjadi aku yang dulu
yang hilang dalam kegelapan
masih tercari2
seolah2 cahaya makin lari
atau aku yang tak mengejar

ye..ini lah yang di kata sekadar

hanya sekadar

sekadar luahan

selamat tinggal

sekadar luahan


semangat semacam menghilang.puas ku mencari
selasa ini bersamaan 5november..
tarikh keberangkatan ke cfs kembali
lama sudah pelajaran ditinggalkan

aku akui..
terlalu selesa berada di kedudukan sekarang

kurang belajar
banyak berehat
enjoy

sekarang..

amekk kau

nak bawak pegi mana pointer macam tu??
*bebel kat diri sendiri*

Human Science senang??
dari dulu lagi kan..
sampai bila2 pun kan?

orang akan perlekehkan apa yang aku buat.apa yang aku ambil.kau hebat sangat ke?semua orang sibuk nak kata subjek aku senang.hell yeah! tak belajar tak dapat jugak kan?meyh sini amek history ni.sila belajar dalam bahasa inggeris.tanpa buku.mari belajar..aku bersyukur dapat c.sebab jujur tak tahu apa aku belajar..

dah la.
bosan
kita manusia
aku manusia
kau manusia
kita perfect ke?

penat..
bye

my fault

cuti sem1 dah habis! yeay? 
result amat teruk..pointer untuk lepas ke degree 2.5 and above.and aku? 2.2 pun tak lepas..my bad. benda dah jadi.yang psti.

kene kurang tidur
banyak belajar
kurang makan
bersenam

time management tak betul
kene buat jadual la nampaknya.
mulakan hidup baru di uia.
start from the first.
tapi tanak ulang history.
takkan nak.

dah la..
aku penat
bye